Berkenalan dengan Kroni - Siri 3
Dipetik dan diterjemah dari laman web freeMalaysia

Tan Sri Ananda Krishnan - Penyangak yang bolih diharap (olih Mahathir)

Terdapat beberapa jenis kroni.  Ada kroni penyangak, ada kroni yang tidak bolih diharap dan ada juga kroni yang tidak dapat ditentukan kedudukannya.  Tetapi sekali-sekala timbul kroni yang dikatakan bolih diharap sedikit malahan bolih dianggap baik seperti Tan Sri Ananda Krishnan,.  Jika begitu mengapa pula beliau digulungkan kedalam gulungan kroni Mahathir?  Sebabnya ada dua:

1.  Kejayaan beliau membuktikan wujudnya dunia Mahathir yang tunggang terbalik penuh dengan amalan rasuah dan kronisma.  Didalam dunia sekarang seorang ushawan bijak dan bercita-cita tinggi pasti akan mendapati pulangan lumayan dan kekayaan yang berlipat ganda dengan membabitkan diri kepada idea-idea gila Mahatahir dengan projek-projek meganya.  Penulis merasa hairan dengan nilai projek-projek gila yang dicetuskan olih Mahathir.  Sesungguhnya walaubagimana efisien sekalipun projek membina istana di atas awan; ia masih tetap istana diatas awan!

2.  Dengan fakta-fakta yang menunjukkan bahawa Ananda Krishnan lebih bolih diharap dari kroni-kroni yang lain menunjukan betapa kroni-kroni yang lain tidak bolih diharap langsung!!  Untuk sejenak kita lupakan bahawa kesemua kroni-kroni Mahathir memang ketandusan akhlak dan mempunyai sifat tamak haloba yang tidak mengenal batasan.  Jika ada, walaupun sedikit, perasaan tanggungjawab terhadap negara pada salah saorang diantara penyangak-penyangak ini bayangkan berapa banyak kebaikan dan penjimatan negara bolih perolehi.  Itu tidak termasuk penjimatan berbilion ringgit yang dibelanjakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni yang bengkrap.

Megimbas kembali rekod Mahathir sebagai orang yang bertanggungjawab melantik pegawai-pegawai korporat untuk Penswastaan  Malaysia, sebenarnya dalam melantik Ananda Krishna beliau telah gagal menonjolkan Ananda untuk dijadikan satu-satunya contoh ahli perniagaan berkalibar bagi penswastaan perojek-projek meganya.

Ananda Krishnan, yang dibesarkan diBrickfields, Kuala Lumpur  dulunya saorang kanak-kanak gagap telah berjaya menempa nama sebagai ahli perniagaan melalui ketabahan, daya tarikan, karisma, tekun dan penyediaan yang teliti.  Apa yang membezakan beliau dari kroni-kroni yang lain ialah beliau berjaya mengaut untung berjuta-juta ringgit melalui usahanya diluar negara sebelum mengalihkan pandangan kedalam negara.  Banyak cerita-cerita kejayaan beliau melalui ‘aktiviti-aktiviti perjudian’ diAustaralia  dan sebagai ‘orang perantaraan’ telah di siarkan dimedia tempatan dan asing.  Malahan cerita mengenai beliau yang berkelulusan dari Harvard Business School pernah beristerikan saorang puteri dari Negara Thailand, semasa kelelakiannya tengah memuncak bukan lagi satu rahsia.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, sebelum tahun 1992 latar belakang Ananda Krishnan adalah satu misteri.  Sebelum tahun berkenaan beliau hanyalah saorang yang menjadi orang perantaraan atau ‘deal maker’ urusniaga minyak mentah; yang mempunyai hubungan rapat serta menguntungkan dengan gulungan elit para pemimpin negara dan pegawai korporat industri petroleum diAsia. Beliau juga telah melibatkan diri dan berjaya dalam berbagai bidang perniagaan termasuk spekulasi pasaran minyak di Amerika Syarikat.

Kejayaan Ananda mendampingi orang orang atasan politik telah menyebabkan beliau dikenali olih orang-orang yang bertanggunjawah menggubal polisi-polisi negara.   Dimasa Tungku Razaleigh berada dikemuncak kekuasaan sebagai Menteri Kewangan Malaysia Ananda lah yang menjadi rakan ketika Menteri yang masih membujang waktu itu menghadiri perjumpaan-perjumpaan social dan resmi.  Dan bilamana Razaleigh terlibat dalam perundingan-perundingan penting Ananda lah yang menjadi orang perantaraan.

Penulis dibertitahu bahawa Tengku Razaleigh lah yang  telah memperkenalkan Ananda kepada Mahathir dalam tahun 70han.  Tetapi Ananda sendiri yang telah berusaha memupuk perhuhungan beliau dengan Mahathir sehingga menghasilkan ‘hadiah’ yang lumayan beberapa tahun kemudian.  Bukan sahaja Mahathir yang telah dibelai olih Ananda, malahan Ananda telah memanjakan anak-anak Mahathir seperti anak-anak kandungnya sendiri; sehinggakan anak-anak Mahathir memanggil Ananda dengan panggilan ‘Uncle Ananda’.  Walaupun semakin hari hubungan nya dengan Mahathir semakin rapat beliau tidak pernah meninggalkan Razaleigh.  Setelah Razaleigh meninggalkan UMNO dan menubuhkan Semangat 46, Ananda telah memainkan peranan penting dalam membaik pulih hubungan diantara Mahathir dengan Razaleigh yang berakhir dengan Razaleigh kembali kedalam UMNO.

Diatas usaha beliau Ananada telah di beri ‘hadiah’ yang kini menjadi catatan sejarah.  Pada akhir tahun 1991, Ananda telah mengambil alih Industri Lumba Kuda Malaysia, kawasan hartanah yang paling mahal diMalaysia dahulunya Padang Lumba Kuda Selangor yang terletak ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur; Projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dengan Menara Berkembar Petronas dan bangunan-bangunan canggih disekitarnya.  Ananda Seperti juga kroni-kroni lain telah memenuhi sakunya dengan puluhan juta ringgit bagi setiap aspek transaksi yang melibatkan berbagai pihak.

Sebagaimana kroni-kroni lain Ananda juga meraih keuntungan dari dasar penswastaan Malaysia.  Dalam tahun 1993 sebuah syarikat yang dikuasai Ananda telah mengambil alih satu pertiga ekuiti dalam syarikat Powertek.

Beberapa tahun kemudian Ananda telah meluncur lebih tinggi.  Kali ini beliau telah berada diawang-awangan dengan pelacaran satelit pertama Malaysia, Measat 1 dan penubuhan syarikat Binariang.  Bayangan Hollywood menari-nari difikiran Mahathir diikuti dengan pelancaran satelit kedua, walaupun negara yang ketika itu sudah sesak dengan berbilang syarikat telekomunikasi dan stesen tv, tidak memerlukannya.  Bahkan kegawatn ekonomi yang melanda negara-negara Asia Tenggara telah mengurangkan keuntungan Binariang menyebabkan syarikat berkenaan terpaksa memberhentikan sejumlah kakitangannya dan menangguhkan beberapa projek multimedia.  Tetapi peduli apa…Apa sahaja yang Mahathir mahu Ananda dan kroni-kroni lain sedia memberi..tanpa berfikir panjang!

Dalam apahal keadaan sekalipun penulis berpendapat Ananda tidak akan merasa gusar mengenai kegawatan ekonomi yang menimpa Malaysia dan masaalah politik yang sedang dihadapi Mahathir.  Beliau telah melalui masa-masa mewahnya dan telah pun menyorokkan harta kekayaanya di luar negara.  Dan jika beliau merasa bosan beliau bolih melibatkan diri didunia rock & roll, sebagaimana beliau mempunyai pengalaman menaja Live Concert pada tahun 1985 bersama Bob Geldof dari Britain.

Haji Afiq A. Ba’i