Kayu Juga Yang Menumbangkan Kayu
       
Assalamualaikum, w.r.t.

Saya suka merujuk kepada peribahasa-peribahasa Melayu apabila me membicarakan soal orang Melayu kerana benar
seperti slogan Dewan Bahasa dan Pustaka, "Bahasa Jiwa Bangsa" yang telah tinggal slogan itu. Simpulan bahasa dan peribahasa merupakan dua cabang bahasa Melayu tinggalan orang-orang tua Melayu untuk menyatakan secara tepat tentang siapa orang Melayu sebenarnya. Ini lah antara sebab Mahathir tak suka bahasa Melayu difahami dan dihayati penggunaan secara mendalam. Takut nanti orang Melayu sedar kelemahan dan kekuatan yang ada pada bangsa Melayu yang bisa menyebabkan beliau seorang Mamak tidak boleh berkuasa dalam lingkungan Melayu. Kalau orang Melayu dapat menghayati
semua itu, beliau tidak boleh jadi presiden UMNO, tetapi mungkin Presiden MIC.

   Merujuk kepada peribahasa "Kayu Yang Menumbangkan Kayu", orang tua kita sudah mampu menghayati secara mendalam tentang persekitaran mereka, termasuk tabiat orang Melayu. Oleh kerana mereka dulu membuka hutan dengan menggunakan kapak, maka mereka cuba kaitkan pula dengan bangsa Melayu. Pada sebilah kapak, mata kapak adalah besi tetapi besi
tersebut disambungkan dengan kayu untuk membolehkan orang menebang pokok. Sebab itulah dengan bantuan kayu juga maka kayu (pokok) boleh ditumbangkan.

   Berkaitan dengan peribahasa ini, saya nak mengemukakan dua perspektif tentang gelagat UMNO sekarang:

1) Melayu akan Meruntuhkan Melayu

Kita semua tahu bahasa Mahathir adalah seorang Mamak yang berasal dari Selatan India. Beliau tahu jika ingin "survive" di Malaysia, beliau tidak boleh gunakan Mamak sebab mamak adalah minoriti di sini. Jadi yang boleh beliau gunakan ialah Melayu sahaja, iaitu Melayu kayu yang tidak tahu mengambil pelajaran daripada tinggalan ibubapa mereka sendiri. Sebab itu kita lihat Melayu-melayu kayu ini sangat asyik dengan ajaran dan fitnah Mahathir sehingga ada yang sanggup kata Mahathir adalah pemberi rezeki. Sebagai Mamak, beliau tidak mungkin akan berjuang untuk kepentingan Melayu. Apa yang jelas sekarang beliau hanya berjuang untuk dirinya, kaum kerabat dan kroninya. Golongan mamak telah diangkat menjadi orang-orang penting, seperti Gabenor Bank Negara dan Tan Sri Husin. Begitu taukeh-taukeh Cina dinaikkannya. Orang-orang Melayu dihalau begitu sahaja walaupun mereka pernah menduduki sesebuah  kawasan dari sebelum merdeka lagi. Kalau Melayu kayu ini terus wujud, maka umat Melayu pada suatu hari nanti akan hancur seperti Kerajaan Melayu Melaka dulu, iaitu apabila
Melayu kayu termasuk Sultan terpengaruh dengan si Kitul dan Raja Mundeliar (mamak juga).

2) Melayu menghancurkan Organisasi

UMNO adalah tulang belakang pertuanan Melayu walaupun bukan orang Melayu tulen yang mengasaskannya. Kini, kerana wujudnya Melayu-melayu kayu (yang tiada otak) maka UMNO diambang kehancuran. Tapi ada cerdik juga dalam kebodohan Melayu kayu ini. Kejatuhan Kesultanan Melayu dulu pun, kerana Melayu-Melayu kayu sering mendodoikan Sultan-sultan
mereka tentang sanjungan dan limpah pujian masyarakat terhadap Sultan. Situasi sama  berulang. Kata Aruah Prof. Hamka, bukan sejarah berulang tetapi memang sikap manusia  tak pernah berubah. Diuliknya pemimpin agong mereka bahawa rakyat di bawah sana sangat menyayangi dan terus menyanjung si tua itu. Mungkin turut disorotkan juga bahawa rakyat akan meratap hiba bila setua itu akan meletak jawatan dan meraung-raung di kuburan apabila ia mati nanti. Maka si tua pun perasan lah, berucap berdegar-degar di perhimpunan di sangkanya rakyat jelata masih menyanyangi beliau. Kesalahan sendiri tidak
dirasainya langsung. Walhal rakyat, di luar termuntah-muntah mendengar ucapan munafiknya.

Saya sendiri pun tak dengar, malah tak bacapun akhbar harian tunggangan UMNO. Anak saya yang baru berusia  empat (4) tahun, bila saja lihat Mahathir di T.V. secara spontan berkata, Cis Mahathir penipu dan secara spontan juga tutup T.V. Senario yang sama saya dengar dari rakan-rakan sepejabat. Entah siapa yang ajar. Kalau Allah dah melaknat individu atau kumpulan
yang laknat, maka Allah tumpahkan kebencian dalam hati-hati manusia di sekelilingnya.  Atau lebih dahsyat lagi kalau bencana alam diturunkanNya. Saya bertambah yakin apabila dilihat sekarang ini rakyat seluruh peringkat bangkit tanpa gerun walaupun diugut dengan pelbagai ancaman. Rakyat sudah berani menentang secara terbuka. Rasalah nanti Melayu- Melayu kayu kerana rakyat bukan kayu seperti yang kamu sangka.

Undilah PAS. Biarkan UMNO hancur bersama-sama dengan Melayu-Melayu Kayunya.

Pengundi PAS.